ym:nur_hikmah05
email:nur_hikmah05@yahoo.com


......ASSALAMMUALAIKUM....AHLAN WASAHLAN....SELAMAT BERJUANG...MOGA IMTIYAZ DUNIA DAN AKHIRAT.....

   









Keadilan itu syurga orang yang dizalimi dan neraka bagi orang yang bersifat zalim. (Sayyidina Umar Al-Khatab)

Jika engkau berasa sangat berkuasa untuk berbuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya. (Sayyidina Umar Al-Khatab)

Orang yang terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakannya, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani. (Sayyidina Ali)

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong.Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakkan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah. (Sayyidina Ali)

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu itu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.Ilmu itu penghukum dan harta itu terhukum. Harta itu berkurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu semakin bertambah apabila dibelanjakan. (Sayyidina Ali)

Agama adalah buat kehidupan di akhirat dan harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta merasa susah hati tetapi di akhirat orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. (Sayyidina Abu Bakar)

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh ditepi jalan, dilempar orang dengan batu tetapi dibalasnya dengan buah.

Perkataan itu seperti ubat, jika sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi jika terlalu banyak bercakap nescaya membunuh.

Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama mana dia masih menuntutnya. Tetapi apabila pada suatu hari dia berkata aku sudah pintar, maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya.

Ilmu tanpa amal suatu kegilaan, amal tanpa ilmu suatu yang sia-sia.

Kebahagiaan itu akan dinikmati oleh orang yang menguasai nafsunya, kesengsaraan pula akan dideritai oleh orang yang dikuasai oleh nafsunya.

Semua orang akan binasa melainkan orang yang berilmu. Semua orang yang berilmu akan binasa melainkan yang beramal dan semua ornag yang beramal akan binasa melainkan yang jujur dan ikhlas.

Cintailah kerana Allah dan bencilah kerana Allah sesungguhnya hak ini adalah merupakan ikatan iman yang paling kuat.

Yang dilukai oleh lidah lebih sakit daripada digigit. Barangsiapa yang lembut lidahnya tentu banyak saudaranya.

Manusia akan berasa kaya kalau hatinya juga kaya. Yang menyenangkan hati ialah keyakinan mencukupkan yang sedikit. Hitunglah apa yang anda miliki, jangan menghitung hal-hal yang anda tidak punyai.

Mengaku kekurangan diri adalah tangga kesempurnaan budi, keberanian yang luarbiasa itu adalah berusaha terus mengisi kekurangan.

Layarilah hidupmu dengan berperahukan takwa, berlayarkan tawakkal dan bermuatkan iman.

Akal itu tidak akan ditutup kemampuannya ibarat minyak kasturi yang tidak mungkin disembunyikan keharumannya.

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadiaan cinta itu tidak akan diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha dan susah payah.

Iman itu ibarat air laut yang kadangkala pasang dan kadangkala surut. Oleh itu, berusahalah supaya iman sentiasa bertambah.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertawakal.(Surah Ali-Imran:113)

Orang yang tidak mempunyai kesopanan, bererti agamanya, imannya dan tauhidnya belum memberkas di dalam jiwanya sehinggakan semua peribadatan yang dilakukannya bukan menambah kebaikan perilakunya dang mengurangi kejahatannya bahkan sebaliknya.

Tidak Terasa Bila Ia Pergi
Tapi Sayu Bila Ia Tidak Kembali
Mencarinya Dengan Hati Suci
Lebih Indah Daripada Memiliki

Tapi Tidak Menghargai
Ia Datang Tanpa Seruan
Pergi Tanpa Alasan
Kejarlah Ia Sebelum Hilang Dari Pandangan
 Kerana Hadirnya Adalah

Anugerah Yang Tidak Berkesudahan
Thank You Allah For The Gift Of Iman.

 

Tunjangkan Resahmu Ke Dada Solat
Himpunkan Keperitanmu Digenggaman Doa
Tutupkan Kecewamu Dengan Takwa
Dan Nilaikan Kesucian Hati

 Dengan Cermin Keikhlasan Diri

 

Ukhuwah Yang Dibina Bagai Seutas Tasbih
Ada Awal Tiada Penghujung
Dicipta Untuk Mengingati-Nya
Dibahagi Untuk Cinta-Nya
Diratib Demi Redhanya

 

Biar Renggang Di Dunia Fana
Biar Hina Dimata Manusia
Biar Semangat Semakin Tua
Biar Akal Semakin Berusia
Jangan Tergadai Silaturrahim Kita
Pastikan Ukhuwah Kita Adalah Kerana-Nya

 

Tidak Perlu Mencari Teman Secantik Balqis,

 Andai Diri Tidak Sehebat Sulaiman.

Tidak Perlu Mencari Teman Setabah Ibrahim,
Andai Diri Tidak Sekuat Hajar Dan Sarah.

 Mengapa Mengharap Setampan Yusuf,

Jika Kasih Tidak Setulus Zulaikha.

 Mengapa Didamba Teman Hidup Sehebat Khadijah,

 Andai Diri Tak Sesempurna Rasulullah S.A.W

 

Tiada Harapan Selain Allah
Tiada Idola Selain Rasulullah
Tiada Kata Seindah Al-Quran
Tiada Jalan Selurus As-Sunnah
Tiada Perjuangan Selain Membangunkan Ummah

 

Jadikanlah Setiap Percakapanmu Sebagai Zikir
Diam Itu Sebagai Tafakur
Pandangan Itu Sebagai Iktibar
Dan Gerak Geri Itu Sebagai Tanda Penghambaan

 

Teman Yang Baik Ialah Apabila Dipandang Wajahnya

Membawa Mengingati Allah,

 Mendengar Kata-Katanya

Menambahkan Ilmu,

Dilihat Gerak Gerinya

Meninggikan Takut Kepada Allah

 Dan Berkawan Dengannya

Menambahkan Semangat Berjuang Ke Jalan Allah.

 

Pergaulan Mempengaruhi Didikan Otak.

 Oleh Itu, Untuk Kebersihan Jiwa

 Hendaklah Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Beradab

Dan Berbudi Mulia Yang Dapat Dikutip Manfaatnya-(Hamka).

 

Racun Dunia Ubatnya Zuhud
Racun Harta Ubatnya Zakat
Racun Kata-Kata Yang Sia-Sia Ubatnya Zikir
Racun Umur Ubatnya Taat
Racun Tahun Ubatnya Ramadhan

 

Mengenalimu Suatu Keindahan
Bergurau Denganmu Suatu Kebahagiaan.

 Menyakiti Hatimu Akan Ku Elakkan.

Satu Permintaanku,

Agar Persahabatan Kita Kekal Berpanjangan

 

Persahabatan Ibarat Satu Janji Yang Dibuat Dalam Hati,

 Tiadak Dapat Ditulis Dan Dibaca.

Namun Ia Tidak Akan Terpisah Dek Jarak,

 Tidak Akan Berubah Dek Masa.

Sekali Berkawan,Selamanya Tetap Kawan

 

Perkataan Lemah Lembut Dan Ikhlas Itu

 Melembutkan Hati Yang Lebih Keras Daripada Batu Besar

 Dan Perkataan Yang Kasar Itu

 Mengasarkan Hati Yang Lebih Halus Daripada Sutera

 

Mengusahakan Sesuatu Adalah Jauh Lebih Baik

 Daripada Tidak Melakukan Apa-Apa,

Walaupun Adakalanya Yang Diusahakan Itu Gagal.

 Dari Kegagalanlah Akan Terbentuknya Kemahiran.

 

Jadikan Al-Quran Sebagai Teman Sejati,

 Zikrullah Sebagai Penghibur Hati,

 Solat Sebagai Pendinding Diri

Dan Takwa Menjadi Baja Dalam Nurani,

Semoga Hidup Diberkati Ilahi.

 

Barangsiapa Yang Menanam Budi,

 Nescaya Dia Memetik Kecintaan

Dan Barangsiapa Yang Menanam Kesombongan,

Nescaya Dia Memetik Kemurkaan.

 

Benih Yang Baik Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau,

Jatuh Ke Darat Menjadi Bukit.

 Tetapi Tidak Semua Benih Yang Baik Boleh Tumbuh

 Dan Tidak Semua Benih Yang Buruk Terus Tidak Tumbuh.

 

Sesiapa Yang Hanya Membuat Rancangan

 Adalah Orang Yang Bermimpi.

Sesiapa Yang Hanya Bekerja

 Adalah Hamba Pekerjaan.

 Tetapi, Sesiapa Yang Bekerja Mengikut Perancangan

Itulah Yang Akan Memperoleh Kemenangan.

 

Apa Yang Kita Pelajari Hari Ini

Mungkin Tidak Berguna Lagi Pada Hari Esok.

 Tetapi Jika Kita Tidak Belajar Hari Ini

 Sudah Tentu Kita Akan Menjadi Manusia

Yang Sebodoh-Bodohnya Pada Hari Esok.

 

Kalahkanlah Musuh Dengan Perkataan Yang Lemah Lembut

Kerana Perkataan Yang Lemah Lembut

Adalah Anak Kunci Hati Manusia.

 Kemarahan Dan Kekasaran

Tidak Akan Membawa Kepada Kemenangan.

 

Jangan Terlalu Memikirkan Pandangan Orang Terhadap Kita

Tetapi Fikirkan Pandangan Kita Terhadap Diri Kita Sendiri.

 

Orang Yang Menunjukkan Kebaikan Pada Diri Kita Itu

 Adalah Sahabat Yang Baik

 Dan Orang Yang Menunjukkan Kesalahan Pada Kita

Adalah Sahabat Yang Lebih Baik.

 

Berdoalah Kepada Allah

Dan Hendaklah Kamu Percaya Bahawa Allah Tidak Akan Memperkenankan Doa Daripada Hati Orang Yang Lalai Dan Lengah-(Hadis).

 

Musuh Yang Selalu Mencela Kita Itu

Akan Membuatkan Kita Terbangun Dari Kelalaian

 Tetapi Teman Yang Selalu Memuji-Muji Kita,

 Selalu Membuatkan Diri Kita Tidak Tahu Diri.

 

Cintailah Sesuatu Itu Sekadar Sahaja,

 Berkemungkinan Ia Akan Menjadi Kebencianmu Pada Suatu Ketika.

 Bencilah Yang Engkau Benci Itu Sekadar Sahaja,

 Berkemungkinan Ia Akan Menjadi Kecintaanmu Pada Suatu Ketika Nanti-(Hadis)

 

Bukan Semua Orang Bodoh Itu Bodoh,

 Tetapi Sebenarnya Dia Bodoh Kerana Membenarkan Dirinya

 Untuk Terus Menjadi Bodoh.

 

Jatuh Dan Gagal Yang Pertama Bukanlah Bererti Kegagalan.

 Kegagalan Adalah Apabila  Seseorang Yang Jatuh

Kerana Sebab Yang Serupa Dan Ditempat Yang Sama.

 

Kesenangan Tubuh Itu Terletak Pada Sedikit Makan
Kesenangan Jiwa Terletak Pada Sedikitnya Perbuatan Jahat
Kesenangan Hati Terletak Pada Sedikitnya Kepentingan
Kesenangan Mulut Terletak Pada Sedikitnya Pembicaraan
.

 

Kamu Tidak Akan Dapat Menguasai Dan Mempengaruhi Orang Lain

Dengan Harta Kekayaanmu

Tetapi Kamu Boleh Memperngaruhi Mereka

 Dengan Bermuka Manis Dan Berbudi Bahasa Yang Baik-(Hadis)

 

Jangan Anda Terlalu Cepat Jatuh Cinta Dan Terpedaya

 Oleh Manisnya Senyuman

Kerana Mendung Awan Yang Tebal Itu

Pada Mulanya Kelihatan Cahaya Terang.

 Janganlah Anda Tertipu Dengan Senyuman

 Sesungguhnya Racun Itu Kadangkala Dalam Manisan.

 

Usahlah Bimbang Jika Diri Anda Tidak Dihargai,

Akan Tetapi Anda Perlu Bimbang Jika Diri Anda Tidak Berharga Lagi.

 

Sahabat Yang Sejati Adalah Orang Yang Dapat Berkata Benar

 Denganmu Bukan Yang Dapat Membenarkan Kata-Katamu.

 

Ilmu Yang Paling Rendah Mutunya Ialah Ilmu Yang Berlegar Dihujung Lidahnya Dan Ilmu Yang Paling Tinggi Ialah Yang Melahirkan Kesan Kepada Tingkahlaku Dan Anggotanya.

 

Cinta Dunia Itu Gelap, Lampunya Adalah Takwa.
Maksiat Itu Gelap, Lampunya Adalah Taubat.
Kubur Itu Sangat Gelap Dan Lampunya Adalah Kalimah Lailahaillallah.

 

Jika Ingin Mencari Teman Sejati, Ujilah Dengan Kemarahannya Tetapi Dia Memberi Nasihat Kepada Kita. Apabila Ingin Berteman, Jadilah Orang Yang Tidak Mengharapkan Sesuatu Walaupun Dia Mengharapkan Sesuatu.

 

Cinta Pada Harta Bereti Bakhil
Cinta Pada Wanita Bererti Alam
Cinta Pada Diri Bererti Bijaksana
Cinta Pada Mati Bererti Hidup
Cinta Pada Tuhan Bererti Takwa.

 

Sabda Rasulullah S.A.W : ”Sesungguhnya Harta Yang Paling Berharga Ialah Lidah Yang Sentiasa Berzikir, Hati Yang Terus Menerus Bersyukur Dan Isteri Yang Solehah Iaitu Wanita Yang Dapat Menolong Suaminya Untuk Menguatkan Agamanya.

 

Tiada Perisai Sekukuh Perisai Lidah. Tiada Pakaian Seindah Kain Warak. Tiada Kekayaan Setanding Kaya Hati. Tiada Kebajikan Yang Lebih Utama Selain Memberi Nasihat.Tiada Makanan Selazat Sabar-(Saiyyidina Umar).

 

Seorang Anak Yang Melihat Kedua Orang Tuanya Dengan Penuh Kasih Sayang, Nescaya Allah Akan Mencatat Pada Setiap Penglihatan Pahala Haji Yang Mabrur-(Riwayat Baihaqi)

 

Orang Yang Paling Menyesal Pada Hari Kiamat Ialah Orang Yang Ada Kesempatan Mencari Ilmu Didunia Tetapi Tidak Mahu Mencarinya Dan Orang Yang Mengajar Orang Lain,Orang Yang Diajar Mendapat Faedah Sedangkan Dia Tidak.

 

Tiada Suatu Hadiah Yang Paling Berharga Daripada Muslimkepada Muslim Yang Lain Melainkan Kalimah Nasihat Yang Menyelamatkan Mereka Daripada Perkara Mungkar Atau Dosa.

 

Bila Mata Bertemu Mata, Akan Mula Rasa Kasih. Apabila Hati Bertemu Hati, Akan Mula Rasa Sayang. Tetapi Bila Dahi Bertemu Sejadah Akan Terasa Kebesaran Allah S.W.T.

 

We Are Never Too Old To Learn And Never Too Young To Die, Follow The Step Of Ulama’ To Learn And Follow The Step Of Syuhada’ To Die. Life Is For Allah.

 

In Times Of Trouble And Difficulties, Don’t Ever Say: “Oh My God, I Have A Big Problem” But Say : “Hey Problem! I Have A Big God! Allahu Akbar Will Always With Us”.

 

Biarlah Nafas Hidupmu Penuh Dengan Dakwah, Berdakwatkan Air Mata Dan Darah Syuhada’, Ditulis Diatas Kertas Perjuangan Sebagai Kiriman Dihari Kemudian

 

 

 



AL-QURAN PEGANGANKU


Di kala malam yang sunyi sepi
sedang bani insan tenggelam dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.
Lemah lutut berdiri di hadapanMu
sedu-sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan,
hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaanMu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini.
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan.
Dan Muhammad RasulMu yang mulia itu
pernah mengatakan:
"Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan".
Hamba percaya pada tutur kepastian itu
Sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu padaMu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan muthmainnah.

 






<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>








Carilah Kasih Kepada Allah Sebelum Mengucap Kasih Manusia.Bila Hati Terisi Dengan Manusia,Cinta Allah Akan Jauh."Allah Sekali-kali Tidak Menjadikan Bagi Seseorang 2 Buah Hati Dalam Rongganya"(Surah Al-Ahzab:4)

::LINK::

[Abg Mat 1]
[Abg Mat 2]
[Nasyid 1]
[Nasyid 2]
[Nasyid 3]
[Nasyid 4]


YA ALLAH, SUCIKANLAH HATIKU DARIPADA KEMUNAFIKAN DAN SUCIKANLAH AMALKU DARIPADA RIYA’.SUCIKANLAH LIDAHKU DARIPADA BERDUSTA DAN MATAKU DARIPADA KHIANAT KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI(PANDANGAN) MATA YANG KHIANAT DAN APA YANG DISEMBUNYIKAN OLEH HATI.




Anda pelawat yang ke :
Laser Eye
Boise Lasik




rss feed

Thursday, July 26, 2007
KENAPA ANDA BERDAKWAH1

Kenapa Anda Berdakwah? - Siri 1

Mar 13th, 2007 by saifulislam

 

Saya sering ditanya oleh adik-adik di kampus tentang dakwah, tentang jamaah, tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format pertanyaan.

Namun, adik-adik di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah.

Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat. Pengikut aliran Nafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da'ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah.

Salahkah pemikiran seperti ini? Tentu tidak salah, tetapi ada kekurangannya di situ…

Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk berdakwah kerana hasil ilmu dan pengetahuannya, dia mendapat tahu bahawa dakwah itu wajib. Kewajipan dakwah itu sangat rasional. Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Erti Saya Menganut Islam menegaskan tiga sudut yang membawa kepada kewajipan dakwah. Himpunan ayat al-Quran dan al-Hadith tentang kewajipan dakwah, sudah pun dihadam di dalam pelbagai siri usrah dan seminar. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan.

Apakah salah berpemikiran sebegini? Tentu sekali pemikiran ini adalah pemikiran yang lurus dan benar tentang dakwah. Tetapi di sana ada sesuatu yang kurang. Kurang itu mungkin tidak muncul semasa kita di kampus. Ia datang kemudian…

Sama ada kita mengambil keputusan untuk berdakwah kerana persekitaran, atau kerana sedar akan kewajipan dakwah, kedua-dua motif dakwah ini letaknya di luar. Ia datang dari luar ke dalam diri. Apabila ia datang dari luar ke dalam, kita bergerak di medan dakwah hasil dorongan luar diri.

"Apa nak jadi dengan masyarakat di kampus kita, kalau kita tidak berdakwah", pesan seorang naqib kepada anak buahnya.

"Takkanlah aku nak malas-malas dan mengabaikan dakwah. Ini bukan cakap naqib aku, tapi Allah yang cakap, Nabi yang cakap", monolog seorang siswa yang baru menerima panggilan telefon memanggilnya hadir ke mesyuarat Program Minggu Dakwah tidak lama lagi.

Ya, mata melihat kemungkaran. Otak tunduk kepada rasional dalil wajib dakwah. Tetapi sudahkah HATI merasainya?

TAHU DAN MAHU

Jika kita berdakwah kerana keyakinan akal terhadap hujah dan dalil, akal kita menawarkan TAHU. Apabila kita duduk dalam 'dunia akal 'di kampus, ia sudah cukup untuk membantu diri kita terjun ke medan dakwah. Dunia realiti bukan dunia akal. Ia bukan dunia tahu, dunia kita adalah dunia MAHU.

Sudah berkali-kali saya cuba buktikan, bahawa manusia tidak bertindak hanya berasaskan apa yang dirinya TAHU. Manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU, dan mahu itu adalah soal hati.

Bagaimanakah apa yang kita TAHU tentang dakwah itu boleh dikesan telah terserap ke dalam hati menjadi MAHU? Jawapannya tidak sukar, pada jalan dakwah itu kita mendapat KEPUASAN hidup.

Bekas peserta kursus saya (rujuk artikel Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda), mengatakan bahawa beliau bersyukur dapat hadir ke kursus tersebut dan merasa rugi di pihak kawan-kawannya yang tidak hadir. Dalam keadaan baju masih dedah sana sini, dan lidah masih bertindik, beliau berkata, "saya mahu sampaikan apa yang saya dapat dalam kursus ini kepada kawan-kawan saya!"

Tidakkah beliau sudah menerima konsep dakwah? Hatinya sudah mahu, sebelum akalnya tahu…

ANALOGI 3 PEKERJA

Analogikan sahaja kepada 3 pekerja. Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan. Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.

Anda pendakwah kategori mana?

Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.

Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan 'pengaruh', mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.

Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi'ah (persekitaran).

Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar. Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.

Kenapa soal ini penting?

DUNIA KERJAYA DAN RUMAHTANGGA

Apabila adik-adik di kampus terjun ke medan kerjaya dan berumahtangga, mereka yang dahulunya aktif berdakwah akan kecundang satu demi satu.

Mereka kecundang bukan kerana fikiran telah berubah.

Dulu saya yakin dakwah itu wajib, tetapi kini di alam kerja dan rumahtangga, saya berjumpa dengan wajib yang lebih besar dan tinggi. Tidak ramai yang 'gugur' kerana berfikir begini.

Mereka kecundang bukan kerana suasana persekitaran sudah kekurangan maksiat dan sebab dakwah. Malah maksiat makin banyak, makin menggila. Tetapi lagi banyak maksiat bertebaran, makin kurang pendakwah yang bertahan.

Gugurnya da'ie dari jalan dakwah bukan kerana itu semua.

Gugur itu hanya kerana 5 huruf yang sakti.

S.I.B.U.K.

Ya, jika sibuk dijadikan alasan, tidak akan ada sesiapa pun yang berani membantah. Jika dahulu kita sendiri, kini sudah bersuami atau beristeri. Anak-anak bakal menyusul. Dulu satu ibu dan satu bapa, satu keluarga dan satu saudara mara. Kini semua berganda dua. Hujung minggu hanya sehari atau dua.

Tanpa disedari, sudah setahun tidak berusrah. Sudah setahun tidak berceramah, sudah setahun bercuti dari dakwah. Salahkah bercuti dari dakwah? Akal mungkin berkata ya, tetapi hati sedap menikmatinya.

Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad'u dan diri yang da'ie, tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua selain dakwah.

BAGAIMANA MENGATASINYA?

Bagaimanakah adik-adik boleh selamat dan terkecuali dari fenomena warisan ini?

Saya sendiri masih bertarung, selagi nyawa dikandung tubuh.

Tetapi saya percaya, saya berdakwah bukan untuk menerima, tetapi kerana mahu memberi. Dan pada memberi itu, saya meng'erti'kan hidup, lantas terasa berbaloi mengorbankan Sabtu dan Ahad demi Sabtu dan Ahad, meninggalkan anak sendiri untuk bertemu anak orang lain, demi erti hidup yang pada MEMBERI.

Kerana itulah saya masih terus bertahan, walaupun dalam seribu kepayahan.

"Kenapa mahu berdakwah?", tanyalah kepada diri.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Posted in Kampus | 1 Comment

 


Posted at 10:47 pm by nur2805
Komen Anda  

KENAPA ANDA BERDAKWAH

Kenapa Anda Berdakwah? - Siri 2 (Kelesuan Kampus)

Mar 14th, 2007 by saifulislam

“Asyik politik sahaja. Ke mana hilangnya Tarbiyah? Demonstrasi bukan main ramai yang turun, solat jemaah di masjid habuk pun tiada!”, rungut seorang perungut di kampus.

“Tak habis-habis dengan isu Tarbiyah diri, syakhsiah dan peribadi. Di mana sensitiviti warga kampus dengan ancaman massa? Nak baiki diri sedangkan keliling penuh kemungkaran? Bagai membela anak di kandang harimau. Silap-silap, kita dan anak dua-dua dibaham sama”, keluh seorang pengeluh di kampus.

Rungutan dan keluhan silih berganti. Dalam rentetan rasa tidak puas hati itu, tercetus pelbagai reaksi warga kampus terhadap dakwah mereka sendiri.

Kerja dakwah di kampus memang mencabar. Tambahan pula cabaran itu berubah dari semasa ke semasa. Kumpulan dakwah yang gagal membaca perubahan lantas gagal mengubah strategi dan pendekatan, akan mengalami kelumpuhan sokongan dan perhatian warga kampus.

Banyak persoalan yang dilontarkan kepada saya. Serba salah mahu menjawabnya, kerana saya takut saya akan cuba memaksa pengalaman silam kepada hari ini yang sudah jauh berbeza berbanding semalam.

Mungkin serba sedikit perkongsian pengalaman sebagai bekas aktivis pelajar.. jika ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama, mohon taufik dari Allah agar diperkembangkan ia.

Di dalam mailing list saifulislam @ yahoogroups, saya melepaskan sebahagian maklum balas kepada isu gerak kerja dakwah di kampus (mesej #1928 - #1955) untuk melihat maklum balas umum. Persoalan berkaitan sensitiviti dan kerahsiaan tidaklah begitu signifikan kerana ia adalah ‘rahsia umum’ yang diketahui semua. Kelesuan gerakan pelajar berteraskan Islam melanda hampir kesemua kampus dan kelesuan itu adalah sebahagian daripada kelesuan gerakan Islam itu sendiri, khususnya semenjak tiga atau empat tahun kebelakangan ini.

Namun, tidaklah komen-komen yang diberikan itu mendatangkan apa-apa manfaat, jika ia sekadar luahan rasa tidak puas hati dan mengumumkan kecederaan peribadi kepada ramai.

Keterlibatan seseorang di dalam aktiviti Islam di kampus, mestilah secara PRO AKTIF. Maksud saya, memang tidak dinafikan, keterlibatan kita di dalam aktiviti seperti usrah, seminar, tamrin dan sebagainya adalah ke arah untuk memperbaiki diri, tetapi melibatkan diri dalam dakwah semata-mata untuk MENERIMA, bukanlah ciri seorang mukmin yang cemerlang. Cemerlang is Better than Good or even Better than Best.

Apabila kita menyertai kerja dakwah secara proaktif, maka kita tidak akan menghukum diri dengan masalah. Jika zaman anda adalah zaman gerak kerja dakwah itu cemerlang, maka terlibatlah secara pro aktif dengan menyumbangkan sebanyak mungkin idea dan tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan itu.

Namun jangan lupa kepada realiti kehidupan. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Jika ditakdirkan Allah, era keterlibatan kita di dalam kerja dakwah itu adalah era masalah, krisis, lesu dan bisu, maka tawarkanlah diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

Zaman Tarbiyah dan Politik cemerlang, kita dapat peluang untuk belajar cara melaksanakan tugas secara optimum. Zaman Tarbiyah lesu dan Politik bisu, ambillah peluang untuk belajar menyelesaikan masalah. Ia sangat mematangkan kerana realiti di dalam kehidupan pasca campus memang tidak seindah kertas kerja dan seminar.

Jika kita tidak berpuas hati dengan kumpulan yang kita sertai, kumpulan mana yang kita mahu pergi jika kesempurnaan yang dicari? Semua kumpulan yang ada adalah kumpulan manusia. Kalau manusialah nama ahlinya, kelebihan dan kekurangan adalah corak yang mesti wujud. Buat apa mengeluh dan berlari ke kanan, seketika ke kiri pula, kerana melarikan diri dari kekurangan? Tampilkan peranan… berhentilah daripada bersikap reaktif dan melarikan diri dari kekurangan. Jika anda terus berlari mengejar kesempurnaan, anda sebenarnya berlari di dalam satu pusingan yang akan berakhir di titik yang sama.

Kekurangan dan kelemahan bukannya untuk dicela atau dibenci. Ia pelajaran dari Tuhan untuk kamu. Kamu sudah ada kehidupan tahun 2007 yang penuh kesempurnaan. Maka apa salahnya kumpulan dakwah kamu diuji dengan kekurangan? Setelah hidup penuh ganjaran pahala syukur atas kesempurnaan, gunakanlah gelanggang dakwah untuk mengutip pahala sabar dan tekun memperbaiki kelemahan.

Sebab itulah dalam banyak tulisan saya, saya tegaskan, what happened to you is not as important as what happen IN YOU. Bagaimana anda memanfaatkan peluang dan bagaimana anda memanfaatkan masalah? Kedua-duanya adalah ‘musibah’ yang baik, yang Allah kurniakan sebagai guru kehidupan kita.

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yYang telah ditetapkan Allah BAGI kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal” (At-Taubah : 51)

Semua musibah sama ada berupa kurnia mahu pun bencana, adalah ketentuan Allah UNTUK kita. Bukannya hukuman KE ATAS kita. Namun, sikap kita dalam mendepani cabaran itulah yang menentukannya. Jangan lupa diri terhadap kejayaan dan jangan lemah semangat dengan kegagalan. Sesungguhnya kejayaan itu bukannya destinasi, ia adalah sebuah perjalanan. Maka di sepanjang perjalanan dakwah di kampus, raikanlah segala kemenangan kecil, biar pun ia hanya membetulkan senget tudung seorang gadis yang naif.

Syabas kepada pemimpin pelajar yang gigih memimpin, syabas juga kepada pelajar yang gigih menentang AKU TIDAK PEDULISMA.

Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman.

Erti Hidup Pada Memberi… be proactive!

Wassalamualaikum wbt.

 


Posted at 10:13 pm by nur2805
Komen Anda  

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

 

Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus"

Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu sendiri sehingga menjadi kebinatangan.

Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan. Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Oleh kerana kemampuan akal inilah maka manusia menjadi makhluk yang paling tinggi dibandingkan dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk-makhluk lain.

Walaupun akal satu unsur mulia dianugerah kepada manusia, namun ia sering disalahguna sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kerosakan seperti pergaduhan, rompakan, fitnah, rasuah dan penipuan sama ada di peringkat atas maupun rakyat biasa.  Sejarah telah melihat kejatuhan sesuatu tamaddun atau bangsa itu adalah kerana manusia sendiri menggunakan kebijaksanaan akalnya untuk melakukan segala bentuk kejahatan dan penindasan sesama mereka. Mereka sanggup melakukan kezaliman dan penindasan semata-mata untuk menjaga kepentingan sendiri dan kumpulannya. Gejala kronism dan nepotism adalah contoh manifestasi penyalahgunaan akal dalam mengurus diri dan masyarakat.

Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai pekerti seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.

Jadi, satu persoalan timbul bagaimana seharusnya kita menjaga akal kita supaya kemanusiaan kita tidak bertukar dari taraf setinggi-tinggi makhluk kepada taraf serendah-rendahnya? Untuk menjelaskan presoalan ini, kita semestinya kembali kepada persoalan siapa yang menjadikan kita dan akal kita. Ringkasnya, manusia mestilah kembali kepada Allah, beriman serta mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Manusia tidak akan sempurna setakat mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sekular dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi IT atau seumpamanya tanpa disertai dengan keimanan yang teguh terhadap Allah.

Kepercayaan dan keimanan kepada Allah adalah menjadi kesedaran yang tertinggi dan menjadi paksi segala kesedaran dan anutan. Ia akan membangkit atau mendorong manusia melakukan amalan yang baik seperti yang dituntut oleh Allah. Di samping itu pada masa yang sama manusia akan menjauhkan diri dari melakukan sebarang perkara mungkar yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah. 

Apabila seseorang mengaku beriman kepada Allah, hendaknya bukanlah setakat ucapan lahir saja. Ia mesti disertakan dengan tidakikut untuk membuktikan kepercayaan itu adalah benar. Selain mempercayai Allah itu ada (wujud) dan Dia adalah pencipta segala yang ada di alam ini, kita harus sedar bahawa Allah adalah pentadbir alam yang menyusun atau mentadbir segala-galanya. Allah sentiasa dalam keadaan sedar mengawasi diri kita setiap saat sama ada yang zahir maupun yang batin. Dia tidak pernah lalai malahan setiap sifat-sifat kesempurnaan ada pada diriNya. Kita juga harus sedar setiap tindakan kita dalam pemerhatian Allah dan kita akan dipertanggungjawapkan di akhirat kelak atas apa yang kita buat sama ada yang besar ataupun yang kecil. Perbicaraan di akhirat adalah maha adil di mana semua anggota badan kita akan menjadi saksi di atas perlakuan kita di dunia ini. Di sana kita dibicara sama ada kita menggunakan akal kurniaan Allah itu untuk kebajikan atau sebaliknya. Mereka yang menang akan ke syurga dan yang kalah akan diseret ke neraka.

Oleh sebab pentingnya akal, sayugia bagi kita menggunakan akal itu untuk tujuan kebaikan. Sebaliknya jika manusia masih membuat bohong, fitnah, mencuri, memukul, rasuah, zina dan lain-lain kejahatan, ingatlah bahawa Allah tetap memerhatikannya dan akan memberikan hukuman yang setimpal dengan kejahatannya. 

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan bahawa akal yang kita miliki itu dapat membawa kepada keredhaan Allah. Hanya dengan keimanan kepada Allah sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita daripada ditimpa kemurkaan Allah. Insyallah bangsa dan negara kita akan selamat jika pemimpin dan rakyat kembali kepada Allah. Ikutlah landasan yang ditetapkan oleh Allah. Gunakan otak dan fikiran untuk meraih keredhaan Allah dan bukan kemurkaanNya. Janganlah keberkatan Ramadhan ini dicemari dengan kata-kata penyebaran fitnah dan tuduhan melulu tanpa asas yang sudah pasti akan membawa kepada kehancuran negara. Ingatlah pesanan ulama: sekiranya timbul perselisihan di muka bumi ini, kembalilah merujuk kepada Islam. Islam adalah agama yang lengkap dan tinggi; tiada satu agama yang dapat menandingi kesempurnaan Islam. Mengapa kita berdegil menjauhkan diri daripada kebenaran? Adakah undang-undang lain lebih syumul dari Islam sendiri? Misalnya dalam Islam, tuduhan zina mesti disertai dengan 4 orang saksi yang menyaksikan perlakuan itu. mengapa kita tidak mengaplikasikannya? Adakah Islam menyuruh kita membawa tilam atau rambut untuk membenarkan tuduhan terrsebut? Di manakah akal yang Allah berikan kepada kita? Adakah kita kata masih beriman kepada Allah sedangkan perlakuan kita jauh lari dari kebenaran. Baliklah kita ke pangkal jalan jika sudah tersesat di hujung jalan. Allah masih menerima taubat kita selagi nyawa belum sampai ke halkum. Lihat apa berlaku kepada Firaun yang bertaubat setelah nyawa akan berpisah dari jasad? Allah tidak menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam neraka yang amat dahsyat seksaannya. Memadailah ini menjadi ingatan kepada kita. Semoga Allah selamatkan kita dan generasi kita dari ditimpa dari azab yang pedih ini. Amin.

 


Posted at 10:07 pm by nur2805
Komen Anda  

Saturday, March 24, 2007
CERPEN::BILA HIDAYAH MENYAPAKU..

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.

 
`Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya"
( Jatsiyah:23)
 
 
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu. Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
 
 
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
 
5 tahun lepas..
 
"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai. 
 
"Hurrm…. Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.
 
Ya,apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
 
"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"
 
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagian tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
 
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun  Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
 
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
 
"Cakaplah sayang, apa dia?"
 
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
 
"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"
 
Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
 
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"
 
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
 
Lama ditenung mata hazel jejakan yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
 
Dan akhirnya dia mengangguk setuju…
 
 
 
` Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"
 
"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke?Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?"
 
" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"
 
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
 
" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab! "
 
" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!" Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.
 
Dia berasa dunia dia gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
 
"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat."Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.
 
 Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bile kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau.Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'
 
 
 
Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu di hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
 
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
 
Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!
 
 
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
 
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi" ( Hadis)
 
"Adlina, akak nak tanya ni….,'
 
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
 
"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"
 
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawap persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?
 
" Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)
 
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.
 
`Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'
 
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus –putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.
 
`Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun bukan.'
 
Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang. Namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
 
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
 
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
 
`Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi. dia sudah  pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '
 
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu?bisik hatinya.
 
`Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'
 
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.
 
` Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'
 
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu  dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
 
"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( at-Taubah: 24)
 
 
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
 
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!
 
`Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
 
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:
 
" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."
 
 
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
 
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
 
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
 
`Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
 
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
 
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.
 
`Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.'
 
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
 
Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu…..

Posted at 07:31 am by nur2805
Komen Anda  

Monday, August 21, 2006
PETUA MENCANTIKKAN WAJAH

Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mencantikkan wajah. Terutamanya kaum wanita, pelbagai jenis bahan di gunakan untuk mencantikkan wajah mereka. Sesetengahnya ada mandi bunga, ada yang jumpa bomoh itu dan bomoh ini. Ada pula yang tanam susuk di muka, dan pelbagai cara lagi untuk mencantikkan wajah.

Mari kita ikuti suatu kisah bagaimana seorang pemuda yang sentiasa wajahnya kelihatan tampan, cantik, ceria dan tidakj jemu memandangnya.

Pada suatu zaman dulu, ada seorang ulama bernama Al-Ahnaf bin Qais. Dia memang terkenal sebagai ulama besar semasa hidupnya dahulu. Sedang ulama duduk bersama dengan anak-anak muridnya belajar ilmu agama, tiba-tiba datang seorang pemuda berkunjung ke rumahnya.

Pemuda tersebut dari kaum Taiyi. Ketibaan pemuda itu di sambut oleh ulama itu dengan wajah yang manis dan mempersilakan pemuda itu masuk. Setelah memberi salam kepada ulama besar itu, pemuda itu duduk tidak jauh dari ulama tersebut.

Ulama tersebut tentulah tahu bahawa pemuda itu mahu mengikuti kuliah agma yang sedang di sampaikan kepada anak-anak muridnya.
Pemuda itu pula telah mengikuti majlis pengajian dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Sebenarnya, rumah ulama besar ini saban hari dan waktu sentiasa diziarahi oleh muri-muridnya dan para sahabatnya.

Mereka bukan sahaja menziarahi ulama besar tersebut, tetapi bertanya, berbincang pelbagai masalah agama. Mereka ini memang mahukan ilmu agama dari ulama ini. Setelah anak muridnya pulang, maka pemuda itu di minta oleh ulama supaya jangan pulang dahulu.

Kedatang pemuda dari suku Taiyi ini sangat menarik perhatian ulama besar ini. Al-Ahnaf mendapati bahawa pemuda yang ada di depannya dan baru mengunjunginya sangat kacak dan tampan wajahnya. Beliau lalu berbicara dengan pemuda tersebut dengan mengujinya..
   
“Sejak engkau datang tadi. aku melihat wajah engkau sangat tampan”. katanya. Pemuda itu menjawab dengan wajah yang berseri - seri menjawab dengan suara yang rendah. “Tuan! Itu adalah anugerah Allah kepada saya”.

Al-Ahnaf meneruskan lagi pertanyaannya. “Wahai pemuda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Pemuda itu menjawab dengan tenang,” Benar tuan guru! Sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu.”

Lalu ulama’ tersebut bertanya lagi. “Apakah benda yang engkau hiasi itu?”

Pemuda itu menjawab. “Hiasannya ialah, kalau saya bercakap, tidak berbohong. Kalau saya berjanji, saya tepati. Kalau saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan khianati.”

Mendengar jawapan yang paling ringkas dan tepat itu. Al-Ahnaf berkata dengan satu pujian yang sangat besar ertinya. “Benar seperti katamu hai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari akhlak yang terpuji.”

Apakah yang terkandung dalam mesej ini? Cerita ini cuma mahu memberitahu kita tidak perlu mencantikkan wajah kita dengan memakai itu ini, ataupun memakai susuk…

Tiga perkara itu bercakap benar, janji yang di tepati dan tidak khianat sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai yang paling cantik perilaku dan perangainya. Subhanallah….

"

WALLAHUA'LAM


Posted at 04:58 pm by nur2805
Komen Anda  

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam kepelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di
seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin disekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari tahu penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil
tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat AlQuran tentang bertemunya dua lautan (surat lah-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Ertinya: "Dia
biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat lah-Rahman ayat 22 yang berbunyi, "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan", ertinya
"Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk
mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.

Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Sadaqallahu Al'Azhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

 


Posted at 04:43 pm by nur2805
Komen Anda  

DI MANA ALLAH DI HATI KITA???

DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?” Sekali lagi kita tanya diri sendiri DI MANA ALLAH DALAM HATI kita? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut. Aku bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku.

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah pada kita yang mampu bangun di tengah-tengah malam- Allah
menyebut: Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka aku berikan padanya.

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan
halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa
yang terlalu menyayangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah. Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk
harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan tapi apa
yang paling penting, DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya???

 


Posted at 04:26 pm by nur2805
Komen Anda  

PEMUDA DAN BURUNG PIPIT

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Saya tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Saya tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaran itu, saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti.


Posted at 04:22 pm by nur2805
Komen Anda  

Tuesday, April 04, 2006
WANITA SEJATI....

 

Yang dikatakan wanita sejati adalah
Yang melindungi diri dan hati dengan amal
Yang menaburkan sopan ke setiap penjuru
Yang melembutkan suara merdunya
Yang cekal dan tabah hatinya
Yang tidak patah semangat wajanya
Yang menebarkan cinta ke sejagat maya
Yang melimpahkan hati dengan keinsafan
Yang mengosongkan hati dengan dendam
Yang menyemarakkan kasturi di kelopak iman

Wanita dipandang dari peribadinya
Direnung dari akhlaknya
Dilihat dari kesetiaannya
Ditinjau dari ketaatannya
Allah dibesarkan melalui solatnya
Puasa menjadi amalannya
Al-Quran menjadi hiburannya
Jihad menjadi gelanggangnya
Wanita yang bakal disyurga ialah wanita yang
mengubah dunia dengan iman dan akhlaknya..

Ya Allah....
Cantikkanlah akhlakku sebagaimana cantiknya
akhlak Rasulullah S.A.W.dan siti fatimah
Tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di tasik
dan serikan wajahku bagai cahayanya bulan
purnama di malam hari dan berserinya wajah orang-
orang yang beriman.


Posted at 04:56 am by nur2805
Komen Anda  

Amanah Pemergianmu...


 
Matahari dengan perlahan menyembunyikan dirinya dan bulan mengambil tempatnya selari dengan sunnatullah alam..., khadijah melihat wajah mujahid dalam dakapannya..dan akhirnya Muhammad membuka matanya perlahan- perlahan. Menatapinya dengan sejuta sayang. 
'Ummi..., malam ini Abi mungkin tak balik...'dia bersuara perlahan...
'Ada kerja yea abi?' Dia mengangguk..
.. 'Semoga Allah meredhai abi..mengurniakan janjiNya dengan kesyahidan atau menang...! 'Doa khadijah sambil merenung buah hatinya yang sedang dalam dakapannya. 
Malam ini, seperti malam-malam sebelumnya..dan sudah menjadi kebiasaannya.. dia perlu merelakan Muhammad tak menemaninya. Di tengah malam buta, tatkala para insan asyik dibuai mimpi, Khadijah menghantar kepergian mujahidnya dengan senyum dan untaian do'a. 'Jaga amanah kepergian abi yea, jaga calun mujahid kita'. Ucapnya seraya membelai perut isterinya yang mulai besar. 
 
Hingga saat ini, khadijah tak pernah tahu kerja Muhammad..yang pasti Khadijah yakin itu semua adalah sebahagian dari cita-citanya untuk mencari keredhaan Allah swt..dan dia akan senantiasa setia menjadi serikandi hidup mujahidnya.. menemaninya dalam tiap waktu. .duka dan tawa.. 
 
'Aaah..!'..dia terjerit kecil..perutnya mulai memulas-mulas..petanda mujahid kecil sudah tidak sabar terjah ke dunia luar ..Aduhhh..dia berehat sebentar..nafasnya turun naik..rasanya belum tiba masanya lagi..mujahid kecilnya baru 7 bulan dalam kandungannya..dia terduduk..kenangan lama mula menerjah ruang fikirannya... 
terbayang sebuah episode silam..sebuah episod mengharukan..bagaimana ketika dia mula-mula dilamar oleh Muhammad...
 
Sejak permusafiran itu, diam-diam dia sering berdo'a, semoga Allah memperkenankan hasratnya..menjadikan Muhammad sebagai teman hidupnya.. kali pertama terpana dengan kejujurannya, keberaniannya dan semangat jihad yang tersemat dalam dirinya..akhirnya ..betapa tuhan itu Maha penyayang..pemilik segala hati.. air matanya gugur tika mendapat khabar insan yang melamarnya memang sungguh Muhammad..dan katanya yang hingga ke saat ini jauh tersemat di lubuk hatinya... 'ana memilih enti kerana agama enti, jadi kekalkanlah agama enti sebagai perhiasan peribadi enti..'.. 'wahai khadijah, telah berlalu waktu tidur.' Allah memberi dia lebih dari apa yang diminta. Lalu dia terus menangis dan tersenyum..ada keharuan disitu..kerana doanya dimakbulkan..dipertemukan dengan mujahidnya dengan suatu perasaan yang amat halus dan tulus..kerana landasannya taqwa..maka ia kudus.. 
 
 
'krinnnnnnnnnnnnnnngggg'..deringan telefon mematikan lenanya..entah bila dia terlelap.. khadijah mengesat sisa air mata yg berbaki di wajahnya..lantas bergegas mengangkat telefon..
'Assalamualaikum wr wbt..ukht khadijah..' 
...'....akh Muhammad di tahan askar-askar rejim Zionis ketika perarakan di hebrun..'
nada syeikh faisal perlahan..tp cukup jelas..
'syukran syeikh...' nadanya hampir tidak terkawal, tapi ditahan semahunya..sukar untuk menerima kenyataan..'abi..abi..' 
Detik itu, hanya Allah sandaran utama..hatinya merusuh dan meronta-ronta. Diusap perutnya perlahan..tangannya digenggam kuat! Padu! 'akan umi tuntut bela abi..tunggulah kelahiran mujahid kecil ini!'
'umi mesti tabah'..itu pesan abi setiap kali keluar melaksanakan tugasnya.. 
Dia amat benci dengan Yahudi. Perangai mereka pun tidak pernah berubah 
sejak dahulu. sangat tamak. Suka menindas. Memang wajarlah mereka dilaknat di dalam al-Quran. 
Dia tertunduk...melihat sekitar pondok kecilnya...inilah 'syurga' yang selama ini menjadi tempat dia menabur pahala dan amal bersama Muhammad. Gerak bibirnya mengisyaratkan doa dan pengharapan yang dipanjatkan pada Maha Berbuat Sesuatu.. 
 
'Wahai org yg berselimut, bangunlah mendirikan solat dimalam hari kecuali sedikit waktu darinya. Iaitu separuh malam atau kurangkan sedikit darinya, atau tambahkannya dari separuh dan bacalah al-Quran itu dgn bacaan yg teliti. Sesungguhnya kami akan turunkan kepadamu firman2 yg berat. Sesungguhnya bangun beribadat di waktu malam itu adalah lebih memenatkan dan lebih jelas bacaannya.' 
Khadijah berwudhu dan kemudian solat dua rakaat..... sambil mengusir bayang-bayang Muhammad bersama doanya semoga Allah memberinya keputusan yang terbaik..
 
'Dakwah dan jihad tidak mempercepatkan ajal, (begitu juga sebaliknya, duduk relaks tanpa dakwah tidak akan melambatkan ajal) tetapi dakwah dan jihad akan mengangkat daei ke syurga Firdaus.
Sekiranya seseorang muslim itu tidak mahu bergabung bersama dengan Imam Ahmad atau pewaris Imam Ahmad pada hari ini dan dia duduk sahaja kerana uzur atau seolah-olah ada uzur, maka dia disepatutnya merasa sedih. Paling kurang dia sepatutnya mencela dirinya sendiri kerana tidak bersama-sama dalam gerombolan daei di siksa.' 
 
2 bulan telah berlalu...dan di tengah kepekatan malam, tatkala para insan asyik dibuai mimpi, khadijah terus memanjatkan doa.. air matanya beruraian....berharap agar insan yang terlalu dicintainya pulang...sedu sedan hanyut dalam khusyuknya...sekali sekala sakitnya mencucuk..menganggu ketenangan malam..dan akhirnya..sudah tak tertahan lagi...masanya sudah tiba... 
khadijah pasrah dengan ketentuan Allah. Dalam saat-saat yang amat genting itu, dia teringat bahawa abi berpesan melahirkan jundinya dalam keadaan sedang menghafal Qur'an...dan ketenangan menyelubungi dirinya.... dia mula mengulang hafalannya di tengah kesakitan yang amat sangat..dia ingat juga kata-kata abi di suatu senja... 'ummi...permulaan jalan ini mudah, kemudian datanglah peringkat duka cita. ...permulaannya dengan mengorbankan kegembiraan, pertengahannya mengorbankan nyawa...' 
 
dia telah memasrahkan seluruh hidupnya pada allah..tangannya menggigil dan peluh mula memercik...... .ingatannya pada abi terlalu kuat tika itu...namun digagahkan dirinya..dia pasrah...abi tinggalkan umi dengan Allah dan Rasulnya..itu kata abi..dia ingat lagi... 
'Abi akan tinggalkan umi dan anak kita ini dengan siapa?'
'Berpisah dgn umi bukanlah sesuatu yg mudah pada hati Abi kerana itu perpisahan itu terlalu berat..namun panggilan dari Allah lebih kuat dari itu, ummi..Doakan di syurga kita tidak akan berpisah selama-lamanya...Abi tinggalkan umi dengan Allah dan rasulnya!'.. 
 
 
Tangis merdu seorang mujahid yang baru hadir ke dunia memecah ketenangan malam... .. didekatkan telinga mujahid kecilnya agar jika Allah menghendaki sesuatu... biarlah mujahidnya juga dalam keadaan sedang mendengar alunan ayat-ayat Allah Ta' ala. 'Selamat datang wahai jundullah kecil, engkau lahir tanpa abi disisimu yg pergi berjuang melawan thoghut…. Mudah-mudahan suatu ketika engkau dapat menumpas para thogut durjana itu. Insya Allah ummi akan menjadikan rumah kita sebagai kandang bagi singa-singa Allah. bukannya kandang bagi ayam-ayam yang mudah disembelih oleh para thogut'... 
 
Dibelai mujahid kecil lalu dia mengesot perlahan-lahan..tanpa siapapun menemani...dia menguruskan mujahidnya sendirian....alunan ayat alquran yg keluar dari bibirnya menenangkan hatinya dan mengurangkan sakitnya...hanya Allah yang tahu tika itu perasaannya..diazankan mujahidnya.... 'aah..mujahidku...andainya abi ada..' dia menangis lagi... 'astagfirullah'..dia terus mengesat air matanya..cuba ditahan agar tidak terus tumpah..dia mesti tabah..dia kan serikandi jihad abi...diletakkan mujahidnya ditepi lantas terus mengambil wudhu'..berdoa dan solat..itulah rutinnya kini tika kesihatannya menghalang dia utk kemana-mana..keadaan keselamatan juga amat membimbangkan...dan khadijah terus hanyut dalam kesyahduan solatnya...doanya agar abi diberi keputusan yg terbaik...rindunya sudah tak tertahan lagi.... begitu rindu, kerinduan yg terbayang..rindu mendengar alunan ayat suci dari suaranya yg merdu..terlalu rindu abi menemaninya ketika qiamullail ..rindu..rindu..yg mengoyak hati... 
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?(Al-Ankabut: 2)
 
Allah tahu isi hatinya..dan Allah pasti mebalas kesabaran hambanya yang soleh..dan tanpa diduga..bunyi pintu terkuak... 'Assalamualaikum wr wbt ummi...' 
'Abiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....' 
 
betapa indahnya merasa susah kerana Allah..merasa rindu kerana Allah...dicerca kerana Allah..dihina kerana Allah..menangis kerana Allah!..hanya kerana kita berpegang teguh pada jalan Allah... 
 
........................................
 
Dalam suatu hadih Qudsi, rasulullah telah bersabda :ertinya:
(Allah telah berfirman): 'sesungguhnya sudahlah terlaksana kasihku terhadap terhadap org yg berkasih sayang krnku, dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg saling bekorban keranaKu dan sudahlah terlaksana kasihKu terhadap mereka yg bersahabat keranaKu...' 
 
Wahai orang-orang budiman dan soleh!
Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!
Di hadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu 
Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,
Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan..
 
Ya banil islam..
antum qadatun nasy'il jadid..
amanul ummati seeru..
wadfa'u kulla anid.. 
warfa'u rayah..
yakhdu khatwa kum azmul judud..
wa'aiidu majdanal madhi..
bi'azmin min hadid..
 
ya banil islami..
seeru fi thariqil khalidin..
La tahabul mauta..
la takhsyau siyathal azhalimin.. 
imla'u ddunya salama..
wansyurul adlal mubeen..
liya'eesyan annasu ikhwanan..
bihaqqin amininina....
hayya narqubul fajral jadida..
innana narqubu haqqa..
zalika yauma saeed...
yauma an yusyriqa nuurun.. 
fanaral ayyama eeda..
yauma an nurji'al haqqa..
majdanal madhi atthalida...
 
wahai putera islam..
Kamulah pimpinan generasi baru..
Selamatkanlah umat ini, aturkan langkah...
Dan hapuskan penderhaka semuanya... 
Kibarkan benderamu...
Teguhkan langkahmu segagah datukmu dahulu...
Kembalikan keagungan kita yang lalu...
Dengan keazaman yang waja...
 
Wahai putera Islam...
Ikutilah jejak langkah pahlawan terbilang... 
Jangan gentar pada kematian...
Jangan takut dibelasah manusia-manusia kejam...
Isikan dunia ini dengan kesejahteraan...
Tegakkan keadilan yang sejati...
Agar manusia biasa hidup bersaudara...
Dinaungi kedamaian yang sebenar-benarnya... 
Wahai putera Islam...
Marilah kita nantikan fajar baru...
Sesungguhnya kita benar-benar penanti...
Hari bahagia itu...
Dihati terpancarnya cahaya...
Semuanya bergembira laksana hari raya...
Dihari kita berjaya membangun kembali... 
Keagungan kita yang telah lama pergi.....
 
Semoga kita akan tetap hidup dalam dakwah seperti mereka..dan dakwah hidup kerana kewujudan mereka..mereka hidup semati dgn dakwah..dan dakwah hidup semati dgn mereka..Amien ya rabb...


Posted at 04:48 am by nur2805
Komen Anda  

Next Page